"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Jual beli dadah dalam hutan, 3 ditahan

Buletin 
Foto PGA
Foto PGA
PASIR MAS: Kegiatan jual beli dadah membabitkan tiga lelaki di kawasan hutan di Kampung Batu Karang di sini, berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas kesemua mereka ditahan tengahari kelmarin.

Kesemua suspek berusia 29 hingga 37 tahun itu ditahan oleh Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata menerusi serbuan berkenaan pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 5,670 biji pil yaba, 16 biji pil epam dan 10 biji pil Eramin 5.

“Ketika serbuan dilakukan, suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun dipercayai menjual dadah kepada dua lelaki di kawasan hutan berkenaan.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan RM105,000 termasuk motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A, 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semua suspek turut positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya ketika dihubungi.

Dalam operasi berasingan, Nik Ros Azhan berkata, pihaknya menahan seorang tekong dan dua lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Nepal di pangkalan haram Kak Nah, Tumpat petang semalam.

Katanya, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah kereta yang dipandu lelaki tempatan dan hasil pemeriksaan terdapat dua lelaki warga Nepal.

“Seorang daripadanya menunjukkan pasport namun tiada cop masuk ke Malaysia manakala seorang lagi tiada dokumen pengenalan diri.

“Pemandu kereta yang juga tekong berusia 27 tahun disiasat mengikut Seksyen 26(J) ATIPSOM 2007 manakala penumpang di tahan mengikut Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959/63.

“Pemandu turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Tiada ulasan: