"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditahan atas kesalahan seksual terhadap remaja perempuan

Buletin TV3 

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Jalan Silam, di sini.

Suspek ditahan jam 1.15 tengah hari semalam di perkarangan IPD Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Tiada ulasan: