"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelancong Israel lunyai dibelasah penghuni resort

KOSMO!
SEORANG pelancong Israek dibelasah di resort Center Parcs, Belanda. - Foto TripAdvisor
AMSTERDAM – Seorang pelancong Israel dimasukkan ke hospital selepas dipukul hingga tidak sedarkan diri oleh sekumpulan tetamu di resort Center Parcs, Belanda, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Seorang saksi berkata, dia diserang apabila sebuah keluarga menjerit slogan anti-Semitik semasa permainan paintball.

Keluarga besar terdiri daripada 10 orang yang juga menjerit ‘bebaskan Palestin’ itu  melakukan serangan ganas sehingga menyebabkan dua pelancong Israel dimasukkan ke hospital.

Seorang daripada mereka tidak sedarkan diri. Kejadian berlaku semasa permainan paintball diadakan  di Center Parcs De Kempervennen, malam Khamis lalu di kampung  Westerhoven, selatan Belanda.

Empat pelancong Israel dilaporkan cedera, manakala dua lelaki berusia 41 dan 37 tahun meninggalkan resort tersebut untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Eindhoven. 

Mereka cedera selepas permainan paintball bertukar ganas apabila keluarga itu mula membaling batu dan pasir dengan agresif.

Polis Belanda sejak itu menahan seorang remaja berusia 15 tahun dari Maarssen, Utrecht, sementara siasatan masih dijalankan. – AGENSI

Tiada ulasan: