Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Muar: Niatnya untuk mendapat rawatan bagi membuang santau namun seorang remaja melalui mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol pengamal perubatan hingga hamil.
Mangsa, 15, dilaporkan ke rumah suspek dan turut ditemani ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, kejadian dipercayai berlaku November 2022 dan April lalu.
Beliau berkata, semua kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan dengan suspek, 50.
"Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol semasa proses perubatan dilakukan. Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.
"Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan sekeluarga sering sakit dipercayai terkena santau.
"Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September dan selain tidak didatangi haid," katanya.
Katanya lagi, mangsa memberitahu kejadian itu pada ibunya dan membawa pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung.
"Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan