"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

YouTuber popular Amerika 'dikebumikan' selama seminggu

Agensi
MRBEAST melakukan aksi ‘berani mati’ dengan berada dalam kerana di dalam tanah selama seminggu.
MRBEAST melakukan aksi ‘berani mati’ dengan berada dalam kerana di dalam tanah selama seminggu.
Washington: YouTuber popular Amerika Syarikat (AS), MrBeast melakukan aksi 'berani mati' dengan 'mengurung' dirinya di dalam keranda yang 'dikebumikan' di bawah tanah selama seminggu.

Walaupun ia satu pengalaman menakutkan bagi kebanyakan orang, MrBeast atau nama sebenarnya, Jimmy Donaldson, menyahut cabaran dengan berada di dalam keranda selama seminggu untuk menghiburkan 212 juta pelanggan saluran YouTubenya.

Katanya, misi itu menyebabkannya 'sakit mental' dan menggesa pengikutnya untuk tidak mencuba aksi sama di rumah.

Seperti watak Uma Thurman dalam 'Kill Bill', pempengaruh media sosial itu memilih untuk menghabiskan tujuh hari di bawah tanah.

Selebriti itu yang memakai sut itu masuk ke dalam keranda lut sinar yang canggih, bersama-sama bekalan makanan dan minuman

Keranda itu juga mempunyai kamera untuk merakam video.

Rakannya kemudian menggunakan jengkaut untuk meletakkan 9, 072 kilogram tanah bagi memastikan keranda itu benar-benar berada di bawah permukaan tanah.

"Saya mempertaruhkan nyawa saya kepada keranda ini untuk tujuh hari akan datang," kata MrBeast dalam video itu sebelum memulakan aksi berkenaan.

Dia menggunakan 'walkie-talkie' untuk berkomunikasi dengan pasukannya yang berada di permukaan.

NDTV melaporkan Mr Beast mendapati tidur siang selama seminggu itu amat meletihkan, walaupun aksi itu mematuhi pelbagai langkah keselamatan.

Walaupun aksi itu dilakukan secara sukarela, dia menangis beberapa kali, termasuk ketika dia dibawa keluar dari keranda.

Satu lagi kebimbangan adalah selepas menghabiskan begitu banyak masa di kawasan yang begitu kecil, dia akan mengalami pembekuan darah di kakinya dan tidak dapat berdiri.

Mujurlah, dia terselamat daripada kurungan singkatnya tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, Mr Beast pernah melakukan misi sama selama 50 jam.

Sementara itu, MrBeast memperoleh AS$54 juta (kira-kira RM252 juta) pada 2021. Dia dilaporkan memperoleh kira-kira $5 juta (kira-kira RM23 juta) sebulan, menjadikannya pencipta kandungan dengan bayaran tertinggi YouTube, menurut Forbes.

Tiada ulasan: