"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat sekawan dijel 6 bulan

MOHD YUNUS YAKKUB
Muhammad Hafiz (depan), Mohammad Aiman (kanan belakang), Muhammad Zul Irfan dan Muhammad Izuan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!
SHAH ALAM – Empat sekawan termasuk seorang daripadanya yang tular berlari atas bumbung sebuah flat sebelum ini, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menyimpan pelbagai barangan curi, dua minggu lalu.

Kesemua tertuduh iaitu, Muhammad Zul Irfan Muhammad Hamadi, 24; Mohammad Aiman Farhan Alias, 26 dan Muhammad Hafiz Abu Bakar serta Muhammad Izuan Kamaruddin yang masing-masing berusia 37 tahun membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali.

Mereka yang merupakan buruh dan pekerja kilang itu diperintah menjalani pemenjaraan bermula dari tarikh ditangkap pada 11 November lalu.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, mereka secara bersama telah menyimpan dan mencuri barangan curi seperti dua buah beg, lima kad termasuk kad rawatan hospital, sekotak butang dan pemacu kilat USB di sebuah flat di Seksyen 20, kira-kira pukul 12.03 tengah malam.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 411 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.

Dalam mahkamah berasingan di hadapan Majistret Farah Rosnan dan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman, kesemua tertuduh turut mengaku bersalah atas enam pertuduhan sama dibawah seksyen yang sama.

Muhammad Zul Irfan, Muhammad Hafiz serta Muhammad Izuan Kamaruddin juga didakwa memiliki memiliki methamphetamine seberat antara 1.65 sehingga 2.85 gram (g) seterusnya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta sama,

Mohammad Aiman yang dituduh memiliki syabu seberat 11.68 g pula berdepan penjara hingga lima tahun dan sehingga sembilan sebatan mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1).

Mahkamah kemudiannya menetapkan keseluruhan jaminan antara RM11,500 hingga RM13,500 kepada setiap tertuduh.

Tarikh fakta kes dan jatuh hukum ditetapkan pada 4 Disember tahun ini dan 23 Januari tahun depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saidah Fasihah Che Yussof, Nurul Farah Sofea Norazman dan Kamarul Iman Ahmad Sapian. – KOSMO!ONLINE

Tiada ulasan: