BERNAMA
RAJA Mohamed Affandi (tengah) ketika bertemu peniaga pasar malam di Pasar Malam Kampung Paya Berenjut sempena kempen PRK Parlimen Kemaman hari ini. FOTO Bernama
Chukai: Bertanding buat kali pertama, calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor lega usaha bertemu pengundi tanpa lelah sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, yang memasuki hari keempat hari ini, menampakkan hasil positif.
Dengan niat menabur jasa kepada kampung halamannya, bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata sebaik selesai penamaan calon Sabtu lalu, beliau sudah mendekati pelbagai kelompok pengundi dari waktu subuh hingga ke tengah malam dan kesemua mereka menurutnya memberikan maklum balas baik.
"Kita pergi banyak tempat dah, termasuk hari ini kawasan Geliga, Kuala Kemaman dan Paya Berenjut dan ada yang menangis gembira berjumpa saya, jadi mudah-mudahan kita dapat memaksimumkan liputan (perjumpaan dengan penduduk) di sini.
"Semua nampaknya setuju dengan calon nombor satu, jadi saya rasa parameter semakin baik. Harapan saya momentum itu kekal sehingga 2 Disember ini," katanya selepas mengadakan tinjauan mesra di pasar malam Paya Berenjut, di sini hari ini.
Calon BN dekati jemaah usai solat Subuh
Raja Mohamed Affandi mahu sudahkan urusan belum selesai di Kemaman
Pada PRK itu, Raja Mohamed Affandi berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 November ini bagi pengundian awal dan 2 Disember sebagai hari mengundi.
Raja Mohamed Affandi berkata sepanjang tempoh berkempen itu beliau juga telah mendengar pelbagai luahan dan harapan penduduk Kemaman.
"Jika saya diberi mandat, rintihan itu saya perlu ketengahkan dengan harapan saya dapat menjadi pemudah cara dan membuat yang terbaik untuk penduduk Kemaman," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan