"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guna plat ' Mat Rempit', lelaki ditahan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
NOMBOR pendaftaran ‘Mat Rempit’ pada motosikal Yamaha LC135 milik seorang lelaki. FOTO Ihsan PDRM.
NOMBOR pendaftaran ‘Mat Rempit’ pada motosikal Yamaha LC135 milik seorang lelaki. FOTO Ihsan PDRM.
Ampang: Tindakan seorang lelaki menggunakan nombor plat 'Mat Rempit' pada motosikalnya membawa padah apabila dia ditahan polis di Jalan Pandan Indah di sini, semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan dalam Op Lawlesness oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, semasa rondaan dilakukan pasukan melihat motosikal Yamaha LC135 ditunggang seorang lelaki mempamerkan nombor pendaftaran 'Mat Rempit'.

"Polis menahan lelaki terbabit dan pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran yang terpamer pada bahagian belakang motosikal adalah palsu.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans selain penunggang tidak mempunyai lesen memandu sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, polis sudah mengeluarkan kompaun terhadap suspek atas kesalahan berkenaan.

Bagi kes nombor pendaftaran palsu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara setahun hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: