"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

14,128 rakyat Palestin 'disembelih' mati Israel hari ke 46 serangan

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza terus melonjak kepada 14,128 mangsa setakat jam 6 petang semalam.

Angka terkini itu menunjukkan hampir 1,000 nyawa terkorban dalam tempoh kurang 48 jam apabila 13,300 mangsa rakyat Palestin disahkan maut Ahad lalu.

Ketua Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan di Gaza, Abu Ayesh berkata, berdasarkan statistik dikeluarkan Pejabat Media Kerajaan Hamas di Gaza,

seramai 6,800 lagi penduduk Gaza dilaporkan hilang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan kediaman dibom tentera Israel.

Menurutnya, angka kecederaan akibat letupan bom digugurkan pesawat tentera Israel turut meningkat kepada 33,000 orang setakat ini.

"Lebih 60 peratus yang terkorban dan cedera adalah kanak-kanak, wanita dan warga emas," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin menjelaskan, serangan kejam dan pengeboman Israel berterusan sehingga pagi ini apabila enam penduduk Gaza di Nusirat termasuk lima daripadanya kanak-kanak terkorban.

"Selain itu 10 kanak-kanak lagi turut terkorban dalam serangan di kompleks kediaman Hamad. Selain itu empat lagi mangsa turut terkorban dalam serangan ditujukan ke Bandar Rafah di Selatan Gaza selain Hospital AlAwda.

"Berlaku juga pembunuhan beramai-ramai apabila 19 individu maut dalam serangan udara di sebuah rumah di Deir Albalah," katanya.

Menurutnya, pembunuhan berterusan dilakukan tentera Israel memasuki hari ke 47 ini amat menyedihkan berikutan penduduk Islam Gaza seolah-olah hanya menanti maut tanpa sebarang penyelesaian antarabangsa.

Tiada ulasan: