"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Warga emas ditahan laku amang seksual budak di PPS

Faizul Azlan Razak
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Nerus di sini, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, suspek berusia 61 tahun itu ditahan di PPS terbabit susulan laporan polis dibuat keluarga mangsa.

Katanya, dua laporan dibuat keluarga kedua-dua mangsa di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.

"Suspek dan mangsa adalah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan.

"Siasatan awam mendapati suspek dikatakan mengajak kedua-dua mangsa kononnya mahu mengulangkaji pelajaran sebelum melakukan perbuatan terkutuk," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.

Mazli berkata, mangsa memaklumkan perbuatan terkutuk suspek itu kepada keluarga masing-masing sebelum membuat laporan polis.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan hukuman sebat jika sabit kesalahan.

Katanya, susulan kejadian itu pihaknya meningkatkan tahap keselamatan di semua PPS bagi mengelak kejadian berulang.

"Ibu bapa turut dinasihatkan memantau pergerakan anak masing-masing sepanjang berada di PPS," katanya.

Tiada ulasan: