FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang suspek ditahan selepas seorang wanita kurang upaya (OKU) ditemui maut dalam sebuah rumah dua tingkat di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.
Mangsa 29 tahun yang mengalami masalah pembelajaran itu dipercayai tinggal bersama kakaknya berusia 36 tahun di bilik sewa berkenaan sejak Disember 2022.
Harian Metro melaporkan kakak mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, mendapati adiknya dalam keadaan tidak sedarkan diri, tetapi disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan mengesahkan kejadian itu dan berkata seorang suspek direman lima hari bagi membantu siasatan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk proses bedah siasat. Setakat ini, kes itu masih dalam siasatan lanjut.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan