"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suspek rogol berusia 80 tahun tidak ditahan kerana tua

Agensi

Seoul: Seorang lelaki berusia 80-an yang disyaki merogol tidak ditahan polis tempatan dan dibiarkan tanpa pengawasan, dengan pihak berkuasa kemudian menyatakan bahawa dia sudah sangat tua dan bukanlah orang risiko berpotensi melarikan diri daripada pertuduhan.

The Straits Times melaporkan suspek, yang identitinya dirahsiakan polis, didakwa menyerang seorang wanita juga berusia 80-an di apartmennya di Nonsan, di wilayah Chungcheong Selatan, pada 2 Jun lalu.

Anak lelaki mangsa melihat serangan itu dan mengalahkan suspek dalam pertelagahan sebelum menyerahkannya kepada polis yang dipanggil ke tempat kejadian.

Walaupun memegang suspek, polis tidak menahannya sebaliknya menghantarnya pulang selepas melakukan soal siasat di tempat kejadian.

Mengambil kira umur suspek dan tempat kediamannya diketahui pihak berkuasa, pegawai polis memutuskan bahawa dia tidak menimbulkan ancaman untuk melarikan diri.

Undang-undang Korea Selatan menyatakan bahawa seseorang yang ditangkap dalam perbuatan jenayah boleh ditangkap oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang bukan pegawai undang-undang, tanpa waran.

Undang-undang juga menyatakan bahawa polis boleh menangkap suspek tanpa waran jika terdapat kemungkinan sebab untuk mempercayai, bahawa dia melakukan jenayah yang boleh dihukum sekurang-kurangnya tiga tahun penjara.

Polis berkata, langkah awal diambil pihak berkuasa dalam kejadian itu dengan mengambil kira umur suspek.

Polis meminta pihak pendakwa raya mendakwa lelaki itu atas pertuduhan merogol menyebabkan kecederaan, tetapi tidak menahannya atau mengambil langkah lain selain memberi amaran kepadanya supaya tidak mendekati mangsa.

"(Suspek) masih bebas berkeliaran di kawasan kejiranan. Dia bebas, manakala ibu saya hampir dipenjarakan," kata anak mangsa.

Tiada ulasan: