"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Ustaz Selebriti’ Kerap Merepek & Baca Hadis Palsu – “Ditegur Tetap Tak Berubah”

Pensyarah Dakwa ‘Ustaz Selebriti’ Kerap Merepek & Baca Hadis Palsu – “Ditegur Tetap Tak Berubah” 

Kecoh di media sosial kini apabila seorang ahli akademik, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin yang merupakan pensyarah kanan, Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendakwa seorang ustaz selebriti menyebarkan dakyah bertentangan dengan Islam.

Menerusi tulisan di Facebook (FB), Abu Hafiz meminta semua pihak agar sedar dengan perbuatan ustaz selebriti tersebut yang didakwa banyak menyebarkan cerita dan hadis palsu.

Lebih mengejutkan, Abu Hafiz turut mendakwa ustaz selebriti tersebut pernah ditegur namun tetap tidak berubah.

“Media dan orang awam perlu sedar bahawa Ustaz Selebriti itu sangat kerap merepek dan membaca hadis palsu.

“Bukan sahaja riwayat cinta pertama Nabi SAW. Bahkan berulang kali bawa cerita palsu telaga boleh bercakap dengan ahli neraka.

“Ditegur tetap tak berubah,” dakwa Abu Hafiz.

Menjengah ke ruangan balas perkongsian tersebut, rata-rata pengguna media sosial memohon pihak berwajib menyekat dan mengharamkan ustaz selebriti tersebut untuk keluar di mana-mana program.

Sehubungan dengan itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang amat diperlukan bagi membendung perkara tersebut terus merosakkan akidah serta pemikiran umat Islam.

Ustaz Selebriti Ustaz Selebriti Ustaz Selebriti

Xtra. Com

Tiada ulasan: