KOSMO!
Gambar fail menunjukkan Lintasan Sempadan Rafah . -- AGENSI
KAHERAH – Seorang askar Mesir terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan tentera Israel di Lintasan Rafah, di antara Mesir dan Semenanjung Gaza hari ini.
Badan penyiaran awam, Kan melaporkan, tiada askar Israel cedera dalam insiden itu yang menyebabkan seorang anggota tentera Mesir terbunuh dan beberapa lagi cedera.
Pihak berkuasa Mesir masih belum mengulas kejadian tersebut.
“Beberapa jam yang lalu, berlaku kejadian berbalas tembakan di sempadan Mesir. Insiden ini masih disiasat, manakala rundingan bersama pihak Mesir juga sedang diadakan,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Akhbar bahasa Inggeris Mesir, Daily News Egypt memetik sumber tidak dinamakan sebagai berkata bahawa askar-askar Mesir terkesan akibat pembunuhan beramai-ramai di Rafah semalam yang menyaksikan 45 penduduk Palestin terbunuh. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan