"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bertumbuk selepas kenderaan berlanggar

KOSMO!
SEORANG pemandu bas mini ditumbuk oleh penunggang bas di Pattaya baru-baru ini. Foto TMN Cable Pattaya TV
BANGKOK – Seorang penunggang motosikal di Thailand menumbuk seorang pemandu bas selepas kenderaan mereka berlanggar di Jalan Thepprasit, Pattaya, lapor laman berita The Pattaya News kelmarin.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota polis dan penyelamat mendapati bas mini itu mempunyai kerosakan di bahagian hadapan dalam kejadian pada Khamis lalu . 

Kerosakan itu berpunca daripada rempuhan motosikal yang dipandu oleh seorang pemuda, Kritsana Thomkham, 28. 

Pemandu bas mini itu pula dikenali sebagai Thananan Sophanudompat, 61. 

Polis Pattaya melaporkan bahawa kedua-dua mereka berbincang mengenai kemalangan itu sebelum ketegangan berlaku.

Kritsana kemudian menumbuk Thananan yang menyebabkan bibirnya luka.

Pihak berkuasa kemudian campur tangan dan meleraikan pergaduhan mereka. 

Polis sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk menentukan siapa yang bersalah sebelum meneruskan tindakan undang-undang. – AGENSI

Tiada ulasan: