"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM tahan pengarah urusan kes ubah tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu

SITI NUR ZAWANI

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan mengubah status tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan Perak.

Lapor Berita Harian, syarikat milik lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah sebelum dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Difahamkan, siasatan SPRM mendapati sejumlah 317 lot yang dipecahkan kepada individu serta syarikat, yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu.

Lapor portal itu memetik sumber, syarikat tersebut disyaki membayar rasuah kepada kakitangan kerajaan untuk mengubah tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu di Setiawan.

“Selepas pengubahan status tanah itu, ia dipecahkan lot untuk pelbagai kegunaan seperti lot kediaman dan dijual kepada bukan Melayu untuk dijadikan hartanah mereka.

“SPRM setakat ini dapat mengesan sejumlah 317 pecahan hak milik atau lot daripada 650 hektar tanah rizab Melayu yang ditukar hak milik itu,” katanya.

Sementara, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu, penahanan suspek dilakukan mengikut Akta SPRM 2009 kerana memberi rasuah.

Katanya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Ipoh pada pagi ini untuk membantu siasatan SPRM.

April lalu, media melaporkan seorang bekas PTG Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot tanah Rizab Melayu membabitkan kawasan seluas 649.2 hektar di Sitiawan, 12 tahun lalu.

Tertuduh, Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osma

Tiada ulasan: