"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yang lebih penting perut dan bawah perut saja: ADUN Pas minta PM jangan tarik subsidi minyak, dakwa susah nak ‘healing’ sambil mengail guna bot

MAISARAH AISYA

Pernah tular kerana mencurahkan air oren ke dalam nasi, kini wakil rakyat ini tampil pula meminta agar subsidi minyak diesel tidak ditarik.

Walaupun sudah berulang kali rakyat dimaklum mengenai penyasaran subsidi minyak diesel, masih ada pihak yang mahu mengeruhkan isu terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, menerusi TikTok meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak menarik balik subsidi minyak.

Antara alasan diberikan adalah kerana kasihan akan mereka dengan hobi memancing, dek kerana satu trip terpaksa menggunakan RM1,500 ke RM2,000.

“Datuk Seri Anwar, subsidi minyak jangan ditarik balik. Kesian dekat geng pancing. Satu trip ni antara RM1,500 ke RM2,000.

“Kami pun pergi suka-suka bukan pergi untuk cari pendapatan, tapi selepas penat bekerja kami pergi luangkan masa mengail sambil menenangkan diri.

“Tolonglah jangan tarik subsidi minyak,” ujarnya dalam video TikTok tersebut.
Rata-rata warganet menyelar tindakan wakil rakyat yang dilihat sengaja mengelirukan orang awam.

“Benda ni yang mengelirukan orang awam. Penyasaran subsidi Pak Long. Bukan tarik subsidi.

“PMX tolong tarik balik subsidi kepada orang ni. Gaji dah besar pun berkira nak bayar harga minyak.

“Bot nampak mewah tu, golongan kayangan pergi memancing tu. Kalau nelayan pantai bot fiber biasa sahaja,” komen di ruangan video tersebut.

Seorang lagi warganet tampil memberi pencerahan bahawa mereka yang bekerja sebagai nelayan layak mendapat subsidi minyak.

“Lebai bongok. Dah kata subsidi diesel ada utk nelayan. Lainlah geng pencen banyak duit nak dihabiskan. Elok la kena RM2000 kau kan nak majukan industri pelancongan.

“Tak nak duit keluar duduk dediam mancing tepi tebing sungai sahaja,” komen pengguna X.

Tiada ulasan: