"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peniaga wanita mengaku salah miliki 102 peralatan mainan seks

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
TERTUDUH di Mahkamah Majistret Balik Pulau. FOTO Zuhainy Zulkiffli
TERTUDUH di Mahkamah Majistret Balik Pulau. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Balik Pulau: Peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan mainan seks di premis dalam kompleks beli-belah di Persiaran Bayan Indah, 6 Februari lalu.

Tertuduh, Sarah Phoon, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Chia Huey Ting.

Bagi kesalahan terbabit, dia didakwa mengikuti Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah.

Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mahadzir Saad manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Teh Yi Kai.

Ketika prosiding, Mahadzir menawarkan hukuman setimpal kepada tertuduh, namun Yi Kai memohon supaya Sarah Phoon dikenakan denda minimum atas alasan dia perlu menyara ibu bapa serta dua adiknya yang sedang belajar di kolej dengan pendapatan bulanan RM1,800.

Majistret kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap tertuduh dan berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal bayar denda.

Tiada ulasan: