"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut

KOSMO!
Satu susuk kain berwarna putih dilihat jelas berada di atas dahan pokok di hadapan pekerja berkenaan. – TikTok
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan penampakan lembaga putih dipercayai puntianak bertenggek di atas dahan sebatang pokok sambil merenung seorang pengendali jengkaut yang bekerja pada waktu malam, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Banyumas, dalam wilayah Jawa Tengah.

Dalam video tersebut, pengendali jengkaut itu pada awalnya sedang mengorek tanah di sebuah lokasi.

Dia kemudian menghalakan kamera telefon bimbit ke arah sebatang pokok selepas menyedari kehadiran lembaga tersebut.

Susuk kain berwarna putih dilihat jelas berada di atas dahan pokok di hadapan pekerja berkenaan.

“Bila bekerja lebih masa, saya terasa lebih ‘bersemangat’,” katanya sebelum melarikan diri.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Saya pernah lihat puntianak seperti itu. Bajunya putih bersih tetapi mujur hanya nampak di bahagian belakang kerana ia pasti amat menyeramkan,” kata seorang netizen. – AGENSI 

Tiada ulasan: