"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesawat kecil hilang tanpa jejak di 'Segi Tiga

Agensi
GREGORY Vaughan dan Kim Worner. FOTO Polis Tasmania
GREGORY Vaughan dan Kim Worner. FOTO Polis Tasmania
Hobart, Australia: Di sebalik langit biru Tasmania yang tenang, satu misteri baharu mula berlegar membangkitkan semula legenda lama dan mengingatkan dunia kepada tragedi penerbangan yang belum terungkai.

Kisah kehilangan sebuah pesawat ringan bukan sahaja meninggalkan persoalan tetapi turut disamakan dengan misteri kehilangan penerbangan Malaysia MH370 yang hilang tanpa jejak pada Mac 2014.

Memetik laporan The Economic Times, semuanya bermula pada tengah hari Sabtu pada 2 Ogos lalu. Di sebuah lapangan terbang kecil di George Town, Tasmania, pulau di selatan tanah besar Australia, pasangan warga emas, Gregory Vaughan, 72, dan Kim Worner, 66, memulakan perjalanan mereka.

Bersama anjing kesayangan mereka, Molly, mereka menaiki pesawat ringan dua tempat duduk, Bristell S-LSA, milik Gregory sendiri.

Bagi rakan-rakan, mereka adalah pasangan yang "tidak dapat dipisahkan". Gregory, seorang jurutera bersara dan berpengalaman. Kim, seorang jururawat bersara yang berjiwa pengembara. Perjalanan ke New South Wales itu sepatutnya menjadi satu lagi pengembaraan mereka.

Namun, pesawat itu tidak tiba di destinasi. Sejak ia hilang dari radar pada 12.45 tengah hari, tiada sebarang isyarat kecemasan, komunikasi radio, atau data pengesanan diterima. Sunyi sepi.
PESAWAT Bristell S-LSA dinaiki pasangan itu. FOTO Polis Tasmania
PESAWAT Bristell S-LSA dinaiki pasangan itu. FOTO Polis Tasmania
Apa yang lebih membimbangkan, kehilangan mereka berlaku di lokasi paling digeruni di perairan Australia iaitu Segi Tiga Selat Bass atau juga digelar 'Segi Tiga Bermuda Australia'.

Laluan laut sepanjang 300 kilometer yang memisahkan Tasmania dari tanah besar Australia itu sudah lama menjadi 'lubuk' misteri. Dikenali dengan perubahan cuaca mendadak, angin lintang yang mengelirukan dan liputan radar yang lemah, ia sering disamakan dengan Segi Tiga Bermuda.

Sejarah selat ini sarat dengan kisah-kisah aneh. Pada 1978, juruterbang Frederick Valentich hilang selepas melaporkan melihat objek terbang tidak dikenali (UFO), manakala pada 1972, juruterbang Brenda Hean hilang ketika dalam penerbangan dengan pesawat ringan.

Sebuah kapal kargo, MV Blythe Star, karam di situ pada 1973. Pada kejadian itu, 10 kru berjaya menyelamatkan diri dengan bot penyelamat. Namun, tiga daripada meninggal dunia selepas mereka ditemukan di Teluk Dee Gleen, Tasmanis, 12 hari kemudian.

Kini, nama Gregory dan Kim mungkin akan ditambah ke dalam senarai orang hilang secara misteri di segi tiga berkenaan.

Tiada ulasan: