"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tular: SAFM kecam tindakan remaja aniaya haiwan

Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUDAT: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mengecam keras tindakan tidak berperikemanusiaan sekumpulan remaja yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan.

Video kejadian itu tular, memaparkan seorang remaja membaling batu ke arah beberapa ekor kucing, selain seorang lagi mengikat dan menggantung seekor anak anjing.

Menurut SAFM, kejadian dipercayai berlaku di kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Ehsan, Kudat, Sabah.

“Tindakan ini jelas melanggar hak-hak haiwan dan merupakan satu bentuk penderaan yang tidak seharusnya dibiarkan berlaku dalam masyarakat kita,” kata SAFM dalam satu kenyataan.

SAFM berkata, perbuatan itu menyalahi Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, SAFM menggesa saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat untuk tampil membuat laporan di balai polis berdekatan serta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat.

Tiada ulasan: