"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Pembantu kedai dipenjara 57 tahun, 5 sebatan atas kesalahan rogol

Mohd Ishak Abdillah Ngah
Tertuduh dipenjara 57 tahun dan lima sebatan atas kesalahan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun.
KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu kedai makan dihukum penjara 57 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas tertuduh berusia 30 tahun mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan merogol.

Bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa di dalam stor garaj kereta sebuah rumah di daerah ini pada Mac 2022.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagi dua lagi pertuduhan, tertuduh didapati bersalah merogol mangsa di sebuah tandas surau pada Jun 2022, dengan hukuman 12 tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan terakhir, tertuduh melakukan perbuatan sama di tepi pondok berhampiran sungai pada Mei 2023.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Semua hukuman penjara diperintah berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Disember 2023.

Tiada ulasan: