"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hutang dengan TNB RM61 juta, syarikat air Kelantan masih bermewahan

Harapandaily

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain tampil menyelar rekod hutang Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang mencecah kira-kira RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau menyifatkan AKSB bermewahan dalam keadaan berhutang termasuk menyebutkan kembali laporan pada 2023 berkenaan dakwaan sagu hati Aidilfitri sebanyak RM10,000 seorang yang diterima Ahli Lembaga Pengarah AKSB.

“Sewaktu saya mendedahkan bayaran bonus kepada Ahli Lembaga Pengarah AKSB, pihak kerajaan negeri Kelantan diwakili Exco ketika itu membuat laporan polis terhadap saya.

“Laporan polis itu kerana kononnya mendedahkan maklumat sulit.

“Dalam keadaan AKSB berhutang dengan TNB sebanyak RM35 juta, masih lagi bermewah-mewahan memberikan Ahli Lembaga Pengarah RM10,000. Itu untuk tahun pendedahan tersebut.

“Belum lagi tahun-tahun sebelumnya,” kata Wan Mahussin.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai AKSB yang berhutang kira-kira RM61 juta dengan TNB bagi bil elektrik yang belum dijelaskan setakat 30 Jun tahun ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen hari ini berkata, jumlah hutang RM61 juta itu adalah melibatkan 198 akaun.

Tiada ulasan: