"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki warga Pakistan ditahan curi minyak motosikal

Wanita warga emas, lelaki Pakistan ditahan curi minyak motosikal

Zulhisham Isahak

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan seorang wanita warga emas dan seorang lelaki warga asing semasa mencuri petrol dari sebuah motosikal di sebuah apartment di kawasan Tanjung Kupang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian itu berlaku semasa seorang wanita berusia 28 tahun dan suami mahu menggunakan motosikal terbabit pada pukul 7.30 pagi.

“Semasa kejadian pengadu bersama-sama suaminya iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ingin menggunakan motosikal mereka.

“Kemudian mereka menyedari kehadiran dua suspek dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang mencuri minyak motosikal milik suaminya,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, menerusi bantuan pihak polis dari apartment tersebut, kedua-dua suspek ditahan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semua suspek katanya, diberkas sepasukan anggota dari Balai Polis Tanjung Kupang pada pukul 11 pagi tadi.

Jelasnya, tangkapan melibatkan seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita tempatan berusia 60 tahun, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan air kencing negatif dadah.

Beliau memberitahu, daripada tangkapan tersebut pihak polis membuat rampasan barang-barang seperti dua botol mengandungi petrol dan dua bilah gunting

“Permohonan reman ke atas tangkapan akan dibuat bawah di mahkamah di sini esok untuk tindakan lanjut. Siasatan masih dijalankan bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen1959/63,” ujarnya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: