"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditahan tetak kepala rakan guna kapak

 Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

TANGKAP: Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.
TAWAU: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menetak kepala rakannya menggunakan kapak dalam kejadian di Kampung Pengkalan Asli, Merotai Besar, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 59 tahun berada di rumah bersama rakan dan adik lelaki rakannya yang juga suspek kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, sebelum kejadian, suspek berusia 48 tahun itu bertanya kepada mangsa mengenai keberadaan parang miliknya.

“Sebaik mangsa bergerak ke dapur untuk mengambil parang yang dimaksudkan, suspek dipercayai mengekori dari arah belakang sebelum menetak kepala mangsa menggunakan kapak.

“Mangsa yang cedera parah di kepala kemudian berlari keluar ke halaman rumah dalam keadaan berdarah untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Merotai Besar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Champin berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Balai Polis Bombalai menahan suspek di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira jam 2.20 petang, semalam.

“Suspek turut menunjukkan sebilah kapak yang disembunyikan di bawah kolong rumah, dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

 oleh 
Hamzah Sanudin

Tiada ulasan: