"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengkhianat: Melayu, penjawat awam paling ramai ditahan terima rasuah dalam 10 tahun lalu

Harapandaily

Sejak tahun 2015 sehingga 30 Jun 2025, jumlah tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menerima rasuah ialah 4,896 orang manakala jumlah tangkapan kerana menerima rasuah ialah 1,689 orang.

Pecahan pemberi rasuah mengikut kaum menyaksikan kaum Melayu paling banyak ditangkap kerana menerima rasuah iaitu sebanyak 3,690 orang manakala kaum bukan Melayu adalah kurang daripada 500.

Jumlah orang Cina yang ditangkap kerana menerima rasuah ialah 494 orang diikuti dengan lain – lain kaum seramai 449 orang.

Jumlah tangkapan kes terima rasuah bagi masyarakat India paling kurang dengan 263 orang.

Bagi kes pemberi rasuah pula, jumlah tangkapan melibatkan orang Cina paling ramai, 630 diikuti dengan kaum lain-lain seramai 518 orang.

Jumlah Melayu yang ditangkap memberi rasuah ialah 390 orang. Orang India pula 151 orang.

Statistik di atas didedahkan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis beliau kepada Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut).

Pecahan kes kerana menerima rasuah mengikut kumpulan umur menyaksikan mereka yang berada dalam kumpulan umur 40 tahun ke bawah paling ramai terjerumus dalam rasuah iaitu seramai 2603 orang manakala 2,097 orang yang ditahan adalah dalam kumpulan umur 41-60 tahun.

Trend sama juga terlihat dalam tangkapan kes kerana memberi rasuah dengan 981 orang berumur 40 tahun ke Bawah manakala 622 berusia 41-60 tahun.

Statistik sama yang membandingkan sektor pekerjaan menyaksikan jumlah penjawat awam paling banyak ditangkap menerima rasuah iaitu sebanyak 2,965 orang berbanding 1,101 pekerja swasta ditangkap kerana sebab yang sama.

Hanya 119 pekerja syarikat berkepentingan kerajaan ditangkap menerima rasuah.

Dalam jumlah kes tangkapan kerana memberi rasuah pula majoriti tangkapan membabitkan pekerja swasta iaitu sebanyak 511 manakala penjawat awam paling sedikit dengan 47 orang.

Seramai 64 orang yang bekerja dengan syarikat berkepentingan kerajaan dirangkap kerana memberi rasuah.

Tiada ulasan: