"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serangan terhadap anak Rafizi: Siasatan polis temui petunjuk positif

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihaknya menemukan beberapa petunjuk positif untuk mengesan suspek serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, Rabu lepas.

Shazeli berkata petunjuk berkenaan diperoleh hasil penelitian dan semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian, lapor Bernama.

“Terdapat petunjuk pada rakaman CCTV namun tidak sepenuhnya pada waktu ini,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Katanya, serama 14 individu dipanggil bagi membantu siasatan kes itu setakat ini.

Shazeli berkata mesej ugutan yang diterima Rafizi berkait kejadian itu adalah melalui aplikasi WhatsApp dan beliau sudah membuat laporan polis.

Menurutnya, siasatan mengenai mesej yang diterima isteri Rafizi itu dijalankan dengan bantuan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Rafizi yang juga bekas menteri ekonomi sebelum ini mendakwa serangan terhadap anaknya dipercayai ada kaitan dengan ‘siasatan’ sedang dijalankannya berhubung satu skandal.

Menurutnya, beliau ada menerima maklumat daripada sekumpulan pemberi maklumat berkenaan skandal terbabit dan percaya pihak terbabit cuba memberi tekanan supaya siasatan itu dihentikan.

Beliau turut mendakwa pihak terbabit cuba mengugut isterinya yang menerima mesej daripada nombor tidak dikenali.

Tiada ulasan: