Siti Khadijah Jaafar

SELANGOR: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jalan MRR2, Batu Caves, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, maklumat berhubung kejadian diterima sekitar jam 1.47 tengah hari.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang membabitkan tujuh anggota kemudian dikerah ke lokasi.
Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemeriksaan keselamatan kemudian dilakukan bagi memastikan tiada risiko susulan selain memastikan kawasan runtuhan berada dalam keadaan terkawal.
Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan