K PRAGALATH
Kempen menggantikan Ketua Pembangkang Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dengan naib pengerusi Radzi Jidin semakin marak
Satu pertemuan telah dirancang untuk ahli-ahli parlimen Bersatu bertemu di dalam majlis makan malam di kediaman rasmi presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin pada 18 Nov pada pukul 8 malam.
Surat jemputan secara rasmi telah dikeluarkan dan ditandatangani oleh pegawai khas Mahiaddin, Naaim Mahmod.
Surat bertarikh 10 Nov tersebut antara lain menyatakan keperluan bahawa kedudukan Hamzah perlu dinilai.
Antara isi kandungan surat tersebut adalah seperti berikut:
“Tindakan yang perlu diambil dengan segera adalah mempercepatkan prosiding Lembaga Disiplin terhadap Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
“Parti perlu mengambil pendirian tegas dengan mengemukakan cadangan kepada Perikatan Nasional agar kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang digantikan dengan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.
Radzi ialah naib presiden Bersatu dan pengerusi Bersatu Wilayah Persekutuan. Beliau juga Ahli Parlimen Putrajaya.
Hamzah telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin sebelum ini.
Beliau bagaimanapun tidak menghadirkan diri atas urusan kerja di luar negara.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa bahawa tuduhan ke atas Hamzah ialah Hamzah tidak mengawal dirinya.
Wan Saiful telah dipecat manakala Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah digantung keahlian selama satu penggal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan