"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditahan rakam video wanita di Pekan Sehari Temerloh

Fazli Ahmad
Tangkap layar video tular seorang penjawat awam ditahan pengunjung Pasar Sehari Temerloh selepas merakam video seorang wanita tanpa kebenaran
Tangkap layar video tular seorang penjawat awam ditahan pengunjung Pasar Sehari Temerloh selepas merakam video seorang wanita tanpa kebenaran
TEMERLOH: Seorang penjawat awam ditahan selepas merakam video seorang wanita tanpa kebenaran di Pekan Sehari Temerloh, di sini dengan sejumlah video serta foto lucah turut ditemukan dalam telefon bimbit suspek.

Video penahanan suspek, 41, yang bekerja sebagai kerani itu yang dikatakan berlaku pada 9 November lalu, turut tular di media sosial.

Mengulas kejadian itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata mangsa yang berusia 33 tahun menyedari perbuatan suspek sebelum lelaki itu ditahan dengan bantuan pengunjung pekan sehari.

Katanya, polis bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan dan melakukan penahanan semula ke atas suspek dan merampas telefon bimbit miliknya.

"Pemeriksaan kemudian menemukan sejumlah video mangsa yang dirakam secara curi dalam galeri telefon bimbit, selain sejumlah video dan gambar lucah.

"Siasatan termasuk analisis kandungan telefon bimbit lelaki terbabit sedang dilakukan, dengan suspek ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan, manakala kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang.

Tiada ulasan: