"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan perpaduan Hajiji disertai BN, PH, status STAR masih belum pasti

Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 memasuki fasa pembentukan jelas apabila Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hari ini disahkan bersetuju menyertai pentadbiran baharu yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bagaimanapun, kedudukan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dalam blok kerajaan masih belum diputuskan setakat hari ini, susulan perbincangan lanjut yang dijangka diteruskan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, yang mewakili Hajiji pada sidang media di Sri Gaya, berkata pengumuman rasmi melibatkan STAR hanya akan dibuat selepas semua rundingan dimuktamadkan.

“STAR belum… STAR belum. PH ada,” katanya ringkas ketika ditanya media mengenai status komponen parti STAR dalam gabungan kerajaan negeri pada sidang media seusai majlis angkat sumpah Jemaah Menteri di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Penglibatan BN dan PH menyokong pembentukan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat konsisten dengan kerjasama di peringkat Persekutuan menerusi Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: