"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja Brazil maut dibaham singa selepas panjat masuk kandang di zoo

Buletin TV3 
RIO DE JANEIRO: Seorang remaja lelaki di Brazil maut dibaham seekor singa betina di hadapan pengunjung zoo di Arruda Camara Zoobotanical Park.

Ia selepas mangsa memanjat tembok setinggi enam meter, melepasi pagar keselamatan dan turun melalui sebatang pokok ke dalam kandang haiwan itu.

Mangsa, yang dikenali media tempatan sebagai Gerson de Melo Machado, 19, dilaporkan mempunyai masalah kesihatan mental yang serius serta bercita-cita menjadi penjinak singa.

Menurut kerajaan perbandaran Joao Pessoa, sebuah bandar pantai di timur laut Brazil, Machado bertindak menceroboh kandang singa itu dengan sengaja.

Rakaman kejadian yang tular menunjukkan singa betina bernama Leona itu menarik Machado dari atas pokok berkenaan, sebelum menyerangnya hingga maut.

Zoo berkenaan yang kini ditutup buat sementara waktu. – AFP

Tiada ulasan: