"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mualaf nekad rampas anak dari bekas isteri Hindu biar bertentangan dengan keputusan mahkamah

Izwan Abdullah, seorang mualaf dengan nama asal N Viran didakwa merampas anaknya dari bekas isteri, S Deepa yang beragama Hindu yang diberikan hak penjagaan oleh mahkamah semalam.
Pegawai sokongan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Sally Wangsawijaya berkata anak lelaki Deepa yang berusia enam tahun dilarikan bekas suaminya menggunakan sebuah kenderaan di hadapan rumah Deepa di Jelebu sekitar jam 9 pagi tadi.
Sally sebelum ini membantu Deepa dalam mendapat hak penjagaan ke atas dua anaknya selepas suaminya memeluk Islam pada April tahun lepas.
Sewaktu dihubungi, Deepa mendakwa Izwan hadir ke rumahnya pagi tadi dengan sebuah kenderaan jenis Pajero dan dibantu seorang lagi lelaki lain yang memandu kenderaan itu.
Menurutnya, bekas suaminya itu pada mulanya memanggil anak mereka, Mithran dari depan pagar rumahnya, yang keluar untuk bertemu dengan bapanya.
Merasakan ada yang tidak kena, Deepa yang pada itu sedang melakukan kerja rumah dalam pakaian tidur segera menukar bajunya sahaja dan meluru ke pintu pagar.
Sampai di pintu pagar, beliau melihat Pajero yang dipandu teman subahat suaminya diundur ke belakang perlahan-lahan ke arah pagar rumahnya.
Pada waktu itu beliau menyedari yang bekas suaminya itu cuba melarikan anak lelaki mereka.
"Dia peluk anak saya dan terus berlari ke arah kereta dan saya kejar.
"Saya pegang kaki Izwan waktu kenderaan bergerak tapi dia sepak saya dan saya jatuh atas jalan," dakwa Deepa. 

Tiada ulasan: