"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Turkiye tahan 7 individu jual maklumat kepada Mossad Israel

BHarianonline 

ISTANBUL: Polis Turkiye menahan tujuh orang, termasuk seorang detektif peribadi yang disyaki menjual maklumat kepada perkhidmatan perisikan Mossad Israel.

Agensi berita Anadolu berkata, detektif dan bekas penjawat awam, disyaki mengumpul maklumat mengenai syarikat dan individu Asia Barat di Turkiye dengan meletakkan peranti pengesan dan terbabit dalam pengawasan.

Memetik sumber keselamatan, penahanan itu adalah sebahagian daripada operasi yang dijalankan oleh agensi perisikan kebangsaan Turkiye MIT dan polis anti keganasan Istanbul.

Ankara tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai operasi itu. Israel juga tidak mengulas mengenai laporan Anadolu itu.

Detektif Turkiye itu dilatih oleh Mossad di ibu kota Serbia Belgrade dan menerima bayaran dalam mata wang kripto yang tidak terdapat dalam rekod rasmi.

Januari lalu Mahkamah Turkiye memerintahkan penahanan 15 orang dan pengusiran lapan lagi yang disyaki mempunyai kaitan dengan Mossad dan menyasarkan rakyat Palestin yang tinggal di negara itu.

Pada Februari lalu, Turkiye menahan tujuh orang yang disyaki menjual maklumat kepada Mossad.

Pemimpin Turkiye dan Israel saling bertukar-tukar amaran sejak perang Israel bermula Oktober lalu.

Turkiye memberi amaran kepada Israel mengenai "akibat serius" jika ia cuba memburu anggota Hamas yang tinggal di luar wilayah Palestin, termasuk di Turkiye. - REUTERS

Tiada ulasan: