BERIKAN PELUANG PADA PENIAGA SEJATI
Saya selalu percaya -- orang Melayu sentiasa mahu berusaha; terutama 1.4 juta penjaja yang sentiasa berjuang demi meningkatkan kualiti hidup.
Pada masa sama; saya kecewa dengan rahsia terbuka; "terdapat penjaja Melayu yang menyeleweng tapak perniagaan dengan menyewakan lot kepada warga asing."
Ini rahsia terbuka. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) -- selaku pengeluar lesen sedar akan penyelewengan ini.
Malah, sedihnya "budaya" ini sudah berlarutan sejak lama.
Kebanyakkan peniaga asing berada di lot atau premis perniagaan yang diselia PBT. Kalau di premis bangunan lagi sedih.
URBAN DEVELOPMENT AGENGY (UDA) diwujudkan bagi memastikan orang Melayu mengekalkan daya saing memiliki akses premis komersil di bandar/bandaraya.
Tapi di KL, dalam 15 tahun mutakhir -- bangunan "bumiputera" jadi sarang peniaga warga asing.
Kalau di jalanan -- kita sinikal dengan jolokan "Dhaka Town" atau "Mini Jakarta".
Sikit hari pasti ada: "Mini Rangoon, Saigon atau Phnom Pehn."
Sebagai wartawan -- saya melihat, menulis dan hidup dalam isu ini selama 30 tahun.
INI RAHSIA TERBUKA!
Apa itu "rahsia terbuka"?
Mudah. Satu kata sinikal yang merujuk pada: "Perkara yang diketahui tapi diabaikan!"
ALASANNYA?
Pun mudah juga. Konon pendatang asing hanya bekerja. Premis tetap milik
rakyat Malaysia.
Anehnya; pekerja asing diberi permit bekerja di lot penjaja?
DARI "PERTAMA" SAMPAI TERAKHIR
Saya menjejak Pertama Kompleks sejak 1984; meriah sebagai milik Malaysia.
Sekarang -- yang tinggal hanya sekerat dua Melayu dan orang Malaysia.
Pertama Komplek sudah jadi: "Mini Karachi, Lahore atau Queeta".
Bukit Bintang, Jalan Petaling atau Brickfield pun sama.
Kita buat operasi; majoriti memiliki permit. (Letih jadinya kalau warga asing ada permit bekerja di sektor penjaja).
Kita letih dengan semua "rahsia terbuka!"
Kita tahu realitinya; tapi kita buat "tak tahu sajalah!".
SELEPAS PKP PENJAJA MELAYU JADI "RAMBO"
Apa itu Rambo?
Meniaga tanpa lesen dan berada di ruang terbuka.
"Rambo Melayu" terpaksa beranikan diri berdepan dengan saman; atau hidup bertarung dengan penguatkuasa undang-undang.
Selepas PKP ramai orang Melayu mencuba nasib berniaga. Sebahagian besar kerana kehilangan pekerjaan.
Selebihnya, kerana mereka memang mahu berniaga.
Ketika peniaga asing sudah memenuhi lot dan premis berlesen; peniaga "Rambo" bertarung hidup sebagai penjaja tanpa lesen.
Selalu berlaku "viral dan troll"; PBT rampas barang peniaga Melayu tetapi warga asing jadi "pemilik" lot berlesen.
Keadaannya sinikal; tapi itulah "rahsia terbuka"!.
"Rambo" memang mahukan lesen dan tapak yang dibenarkan. Sayangnya, mereka takkan diberi lesen kerana lot perniagaan sudah penuh.
PERSOALAN
Kalau pemilik lot sedia ada sudah tidak berminat; dan menyewakan pada warga asing: "Kenapa tak diberikan saja lot kepada "Rambo Melayu"?
Jawapannya mudah! Sebab kita sudah terbiasa; hidup dengan penyelewengan dan "rahsia terbuka".
Lebih sinikal: "Rahsia terbuka satu normalisasi."
Semalam ZRA Strim mengagihkan Modal Ramadan kepada penjaja kecil.
Ada yang masih bertahan di lot milik mereka dan berjiran dengan lot-lot warga asing.
Kita juga agihkan pada penjaja "Rambo" tanpa lesen.
Sebab "Rambo Melayu" bukan seperti filem "Rambo"; heronya Sylvestor Stallone (John J. Rambo) memiliki senjata hebat.
"Rambo Melayu" hanyalah marhaen tanpa nama. Malah, tanpa pembela.
Entri ini satu "rahsia terbuka". Cuma, menjelang Ramadan pada tahun yang sukar ini -- berilah ruang dan peluang mengikut peraturan.
Entri ini juga normalisasi; kita tulis pun satu "rahsia terbuka" yang sudah lama jadi penyakit negara.
Saranan kita; segerakan Akta "Rent-seeking"; jadikan penyelewengan lesen satu jenayah!
- Dipetik dari FB ZRA Strim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan