"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas PM Pakistan dihukum mati selepas perbicaraan tak adil

BHarianonline
Benazir Bhutto (tengah) menabur bunga mawar di kubur bapanya, Zulfiqar Ali Bhutto, pada 2007. - Foto fail AFP
Benazir Bhutto (tengah) menabur bunga mawar di kubur bapanya, Zulfiqar Ali Bhutto, pada 2007. - Foto fail AFP
ISLAMABAD: Mahkamah Agung Pakistan semalam, memutuskan bekas Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto, yang dihukum gantung 44 tahun lalu selepas disabitkan kesalahan membunuh, tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Zulfikar, Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang kini dikendalikan cucunya dan bekas menteri luar negeri Bilawal Bhutto Zardari, dihukum gantung pada 1979 selepas perbicaraan di bawah rejim tentera, Jeneral Zia-ul-Haq.

"Kami tidak mendapati, perbicaraan yang adil dan keperluan proses yang sewajarnya dipenuhi," kata Ketua Hakim Negara Qazi Faez Isa dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung.

Katanya, keputusan itu dibuat secara sebulat suara membabitkan sembilan orang hakim yang diketuai beliau sendiri.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada rujukan kehakiman yang difailkan bapa Bhutto Zardari, Asif Ali Zardari, semasa memegang jawatan sebagai presiden pada 2011.

Beliau meminta pendapat mahkamah atasan untuk mengkaji semula hukuman mati kepada pengasas PPP itu.

"Keluarga kami menunggu tiga generasi untuk mendengar kata-kata ini," kata Bhutto Zardari kemudian dalam catatan di X.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, 11 tahun pemerintahan diktator Zia-ul-Haq dilabel dengan serangan terhadap demokrasi, penganiayaan dan pemenjaraan kakitangan PPP dan sebatan awam terhadap penentang dan pengkritik.

Pengulas politik yang berpangkalan di London dan pembantu rapat bekas perdana menteri itu, Yousuf Nazar menyifatkan, keputusan itu pengakuan kecuaian keadilan yang besar di bawah rejim undang-undang tentera Zia-ul-Haq.

Katanya, rejim itu juga mendorong negara Islam konservatif ke dalam ekstremisme dan militan, dengan menyokong kumpulan militan untuk memerangi perang sebagai proksi Amerika Syarikat terhadap Kesatuan Soviet ketika itu di Afghanistan.

"Ia membawa kepada tahap sokongan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan naungan pelampau agama di peringkat negeri," katanya. - REUTERS

Tiada ulasan: