"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bukan hanya dikalangan pemimpin PN bahkan pemimpin Bersatu pun berbalah mengenai konsert Taylor Swift

Konsert Taylor Swift: Faizal Azumu, Wan Fayhsal tak sebulu
SITI NUR ZAWANI

Kenyataan dikeluarkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat tidak sebulu dengan Ketua Pemuda parti itu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung konsert Eras Tour Taylor Swift.

Ahmad Fayhsal sepertinya tidak bersetuju apabila rakannya dalam Bersatu iaitu Sasha Lyna Abdul Latiff berpendapat Malaysia sepatutnya ‘mengikat’ Taylor Swift untuk buat persembahan di negara ini.

Ahmad Fayhsal berkata, Sasha tiada kuasa untuk mengeluarkan kenyataan bagi parti.

Beliau turut menafikan Bersatu pernah membincangkan perkara berkenaan, dan Sasha hanya menyuarakan pandangan peribadi memandangkan beliau bukan salah seorang “pemimpin utama”.


Bagaimanapun lain pula kenyataan dikeluarkan Faizal Azumu yang sepertinya senada dengan apa diperkatakan Sasha.

Faizal mendakwa, negara mengalami kerugian jika terus gagal memanfaatkan ruang yang ada untuk membolehkan artis antarabangsa mengadakan persembahan di negara ini.

Bahkan bekas menteri besar Perak itu menggesa langkah lebih giat digerakkan untuk membolehkan selebriti terkenal datang membuat persembahan di negara ini.

“Kita terlepas peluang itu. Barisan selebriti kelas A berada dalam genggaman kita melalui perjanjian dengan ASM Global (syarikat pengurusan venue AS).

“Kita mesti lebih agresif untuk mendapatkan mereka. Kejatuhan ekonomi yang besar adalah di luar politik,” katanya.

Semalam, media melaporkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata langkah menjadikan republik itu sebagai destinasi tunggal konsert Taylor di Asia Tenggara bukanlah tindakan yang tidak mesra terhadap negara-negara lain di rantau berkenaan.

Sebaliknya kata Lee, Singapura memang menyediakan insentif tertentu melalui dana pembangunan pelancongan dan ia terbukti sangat berjaya untuk mereka.

Pas yang bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional- adalah antara parti politik yang lantang mengkritik penganjuran konsert artis antarabangsa di negara ini.

Mereka pernah mendesak agar konsert artis terkenal dibatalkan, termasuk membabitkan Coldplay dan Ed Sheeran.

Tiada ulasan: