KOSMO!
BANDAR RAYA HO CHI MINH – Anak kepada seorang lelaki yang tersilap dihukum penjara kerana tuduhan membunuh akhirnya mendapat pampasan lebih 1.67 bilion dong (RM317,642) daripada pemerintah, lapor portal berita VnExpress semalam.
Pihak pendakwa raya Khanh Hoa, Vietnam turut memohon maaf kepada lelaki itu, Huynh Chiem Phai dan rakannya, Tran Be selepas mereka ditangkap kerana disyaki membunuh Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Nih Giang pada 1981.
Kedua-dua mereka dibebaskan beberapa tahun kemudian kerana pihak pendakwa raya gagal menemukan bukti kukuh untuk meneruskan pendakwaan.
Be kemudian diberikan pampasan sebanyak 510 juta dong (RM97,004).
Namun, keluarga Phai bertindak menyaman pihak pendakwa raya kerana mahu diberikan pampasan lebih besar sebanyak 4 bilion dong (RM760,820).
Tuntutan itu akhirnya berjaya pada 2022 apabila Mahkamah Rakyat Khanh Hoa mengarahkan pihak pendakwa raya awam membayar pampasan lebih 1.67 bilion dong kepada Phai.
Bagaimanapun, lelaki itu telah meninggal dunia pada 2015 ketika berusia 84 tahun selepas dibenarkan keluar dari penjara dengan ikat jamin pada 1983.
Wang pampasan itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun seorang anak lelaki Phai. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan