"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas bendahari didakwa salah guna duit masjid

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
TERTUDUH (dua kiri) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO Omar Ahmad
TERTUDUH (dua kiri) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO Omar Ahmad
Johor Bahru: Bekas bendahari masjid didakwa atas pertuduhan menyalahguna duit Masjid Al Ubudiah Kg Sri Machap dekat Kluang, dua tahun lalu.

Tertuduh, Syaharullah Ismail, 44, mengaku tidak bersalah di hadapan hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, hari ini

Mengikut kertas pertuduhan, Syaharullah yang ketika itu memegang jawatan sebagai Bendahari Masjid dengan curangnya menyalahgunakan wang milik masjid berkenaan berjumlah RM12,000.

Kesalahan dilakukan pada 12 November 2022, di bank di Jalan Dato' Kapten Ahmad, Kluang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Zahida Muhammad Ruzi manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K Bharathi.

Mahkamah membenarkan Syaharullah diberikan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu lapor diri sebulan sekali di cawangan SPRM Kluang.

Tiada ulasan: