"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tentera Israel di Gaza dalam “kekacauan total” – bekas jeneral rejim zionis

The Merdeka Times


Tentera Israel di Gaza berada dalam “kekacauan total” dari aspek kesediaan perkhidmatan logistik dan peralatan perang, demikian pendedahan bekas Mejar Jeneral Israel, Itzhak Brik.
  • Tentera Israel di Gaza berada dalam “kekacauan total” dari aspek kesediaan perkhidmatan logistik dan peralatan perang, demikian pendedahan bekas Mejar Jeneral Israel, Itzhak Brik.
  • Brik pada Sabtu lalu memberitahu akhbar harian Israel Maariv yang dipetik agensi berita Anadolu, tentang “kekacauan total barisan tentera Israel yang tidak diperkatakan media”.
  • “Peralatan, logistik, makanan, dan segala yang diperlukan untuk menggerakkan kita ke hadapan tidak berfungsi kerana tentera meletakkan segala kepercayaan kepada syarikat-syarikat swasta.
  • “Tiada sesiapa (yang mampu) membaiki kereta kebal dengan segera, berpuluh-puluh kereta kebal tersangkut di wilayah Gaza menunggu untuk dibawa keluar,” katanya.
  • Sejak bermulanya operasi darat Israel di Gaza pada 27 Oktober lalu, 237 tentera Israel telah terbunuh.
  • Seramai 576 tentera Israel pula terbunuh sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza berikutan serangan balas Hamas pada 7 Oktober tahun lalu ekoran pembantaian berterusan rejim zionis ke atas Palestin sejak 1948.
  • Tentera Israel di Gaza berada dalam “kekacauan total” dari aspek kesediaan perkhidmatan logistik dan peralatan perang, demikian pendedahan bekas Mejar Jeneral Israel, Itzhak Brik.
Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Brik pada Sabtu lalu memberitahu akhbar harian Israel Maariv yang dipetik agensi berita Anadolu, tentang “kekacauan total barisan tentera Israel yang tidak diperkatakan media”.

“Peralatan, logistik, makanan, dan segala yang diperlukan untuk menggerakkan kita ke hadapan tidak berfungsi kerana tentera meletakkan segala kepercayaan kepada syarikat-syarikat swasta.

“Tiada sesiapa (yang mampu) membaiki kereta kebal dengan segera, berpuluh-puluh kereta kebal tersangkut di wilayah Gaza menunggu untuk dibawa keluar,” katanya.

Bekas jeneral Israel itu mengakui bahawa “sudah tentu media tidak bercakap mengenainya, tetapi peralatannya tidak berfungsi”.

Brik mendedahkan beliau telah bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enam kali sejak bermulanya perang di wilayah Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

“Tetapi kakitangannya tidak mahu dia (Netanyahu) mendengar kebenaran, jadi mereka menjauhkannya daripada saya,” katanya.

“Saya memberitahunya bahawa tentera tidak bersedia untuk pergi berperang serta-merta, kerana ada tentera yang selama lima tahun tidak berlatih dan berlakunya kekurangan peralatan.

“Saya memberitahunya supaya biarkan mereka berlatih dan persiapkan diri, kerana yang membeli peralatan sekarang ini adalah orang ramai. Nasib baik dia mendengarnya, menelefon Menteri Pertahanan (Yoav Galant), dan menangguhkan kemasukan ke Gaza selama dua minggu,” katanya.

Sejak bermulanya operasi darat Israel di Gaza pada 27 Oktober lalu, 237 tentera Israel telah terbunuh.

Seramai 576 tentera Israel pula terbunuh sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza berikutan serangan balas Hamas pada 7 Oktober tahun lalu ekoran pembantaian berterusan rejim zionis ke atas Palestin sejak 1948. – The Merdeka Times

Tiada ulasan: