"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malas bekerja, lelaki menyamar jadi pengemis berjaya jana RM40k sebulan

MAISARAH AISYA

Walaupun berupaya untuk bekerja namun ada juga individu yang lebih sanggup menyamar jadi pengemis daripada mencari peluang pekerjaan.

Lebih menyedihkan mereka sanggup berlakon menjadi pengemis untuk mendapatkan simpati dan wang dengan cara cepat.

Menurut Oddity Central, seorang penghibur digelar pengemis terkaya di China selepas berlakon sebagai pengemis.

Bukan setakat itu, Lu Jingang dikatakan menjana pendapatan sehingga 70,000 yuan (RM46,069) sebulan.

Lelaki tersebut menjadi perhatian ramai kerana berlakon sebagai pengemis secara profesional di sekitar kawasan tumpuan pelancong, Qinming Shanghe Garden, wilayah Henan.

Rupanya sudah 12 tahun dia melakukan pekerjaan tersebut hingga menjadi perdebatan orang ramai yang menuduhnya penyamar.

Namun jawapan diberikannya adalah kerana dia menyukai bidang ‘kerja’ tersebut.

Baginya ia memberi peluang untuk menjadi penghibur tanpa perlu menghadiri sesi uji bakat.

Malah dia sanggup membuatkan mukanya kelihatan kotor, dengan renungan mata yang sedih dan pakaian lama untuk menarik perhatian pelancong supaya menderma.

Hal ini menyebabkan ada sesetengah individu yang mahu berhenti kerja dan mengemis dek kerana gaji bulanan lebih sikit daripada pengemis tersebut.

“Saya mahu berhenti kerja dan menjadi pengemis,” kata seorang pengguna media sosial.

Tiada ulasan: