"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Kenyataan Mursyid Am Ikhwan ttg Gaza

Keganasan Yahudi yang menetap di Israel semakin menjadi-jadi, sebagai saudara seagama hanya doa yang dapat dipanjat kehadrat Ilahi semoga memberi kekuatan kepada pejuang-pejuang Hamas dan seterusnya memberi kemenangan. Sekali lagi saya ingin menyiarkan kandungan email dari kumpulan email Islamic-ebook yang terdapat dalam kotak email saya.


mujahid-muda

Dikala ramai pihak dan masyarakat dunia menyaksi dan menunggu PBB,
Kuasa-kuasa Besar Dunia, pemimpin-pemimpin negara-negara Arab dan
Islam bersidang dan bersidang, beresolusi demi resolusi tapi diveto
demi veto, cara tulin dan sebenar memerdekakan Palestin dari
penjajahan Yahudi sejak 1947 ialah melalui kejelasan sikap, berpegang
kepada Prinsip-prinsip dan mengibarkan panji-panji Jihad. Inilah
prinsip gerakan HAMAS dan jemaah Ikhwan Muslimin yang dipilih oleh
majoriti rakyat Palestin.

Prinsip-prinsip jamaah Ikhwan Muslimin boleh kita fahami dari
tulisan-tulisan pengasasnya, Al-Iman Asy-Syahid Hasan Al-Banna dan
juga melalui kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin tertingginya atau
para Mursyid-mursyid Am mereka. Oleh itu saya kira adalah penting
menyampaikan kenyataan Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin
berhubung dengan apa yang sedang berlaku di Gaza. Kepada Allah jua
kita memohon pertolongan dan kemenanganNya. Ameen.

Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef tentang apa
yang sedang berlaku di Gaza.

Dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka
yang berwalak kepadanya (Walak = tempat kecintaan, rujukan dsb. - pent.)..

Firman Allah swt bermaksud, "Allah menetapkan, `Sungguh Aku akan
memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha
Kuat, Maha Perkasa" (Al-Mujadalah: 21). "Sesungguhnya Kami akan
memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari
dibangkitkan saksi-saksi" (Ghafir:51). Sabda Rasulullah saw bermaksud,
"Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran.
Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka
sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan
sedemikian'. Sahabat bertanya, `Dimanakah mereka'. Rasulullah saw
menjawab, `Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)'. ".

mahdi-akef

Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin.

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di
Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat
kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan
bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak
saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya
kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak
mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa
berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar
tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan
perbuatan orang-orang munafik.

hasan-al-banna

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, pengasas jemaah Ikhwan Muslimin
tahun 1928.

Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, `Berterusan akh itu bekerja
dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana
tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah
dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu
dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di
peghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, "Dari kalangan orang-orang
beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari
kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih
menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu"
(Al-Ahzab:23) . Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan
(penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh
fasa-fasanya, banyak halangan-halanganny a, akan tetapi itulah
satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping
beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

ikh30

Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua
penduduk dunia ini !

Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga
sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu
dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan
mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan.

ikh37

Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa
mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau
duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka
mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata,
Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip,
perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan
yang tinggi, cinta kepada Syahid dijalan Allah dan tidak takut kepada
mati.

Aptopix Bush US Mideast Summit

Sidang Damai Annapolis 2007. Kelihatan Perdana Menteri Israel, Olmert,
Presiden Amerika, George Bush dan Mahmud Abbas, Ketua Parti Fatah
Palestin mencapai perjanjian.

Wahai para mujahid Gerakan HAMAS,

Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan
terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan
panji-panji "Syahid atau Menang". Kamu telah menyumbang para Syuhadak
demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu
menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang
menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan
lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati – Hadis) menyelinap masuk
ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan
Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan
Amerika dan Israel – pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat
ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan
Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah. Sejak 20 tahun lalu, gerakan
mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi
Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji
Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan
panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat
memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji
Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha
sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin.
Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek dimana dikalangan
sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha
Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang
Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya.

APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser
Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan
beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai
medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran
sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama
kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun
rakyatnya sendiri.

Wahai para Mujahideen HAMAS,

Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah brtahan teguh
dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan
para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan
kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika
yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk
pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran
dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan
George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap
jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah didunia ini siapa
yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah
mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di
masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera,
penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum
lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga
perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa !

Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di
zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa
baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan
tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam
jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu
halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang
belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat
Islam.

Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di
sekeliling Bait Maqdis,

Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci
kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat
Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam
dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa
sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan
persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid,
kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular
yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang
dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka
telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan
merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis.

Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak
mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan
toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan
Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, `Setiap
kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah".

Kepada Umat Arab dan Islam,

Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media
yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa
henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara
hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa
menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan,
agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka
untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.

Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,

Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang
sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik
kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama
rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.

Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan
menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan
saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang
zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini
tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun
kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau
mendakwa kamu. Diakhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil,
Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu
zahir dan rahsiakan.

Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan
batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang
dibebaskan, Gaza yang diberkati …

Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan
pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata.
Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan
barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan.
Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang
dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata
kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis
yang menjajah.

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy
Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua
dari "Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)" (tawaran Arab
diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu "Israel serah Gaza dan Tebing
Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab") kerana kesudahannya
nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik
menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang
minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung
halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.

Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan
kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga
mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah
resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.

Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, "Wahai
orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap
siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya" (Ali Imran:200).

Allahu Akbar, walillahi Hamd.

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para
Sahabat.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Ustaz Mahdi Akef,

Mursyid Am Ikhwan Muslimin,

Kaherah.

Diterjemah oleh:

Ustaz Halim www.inijalanku. wordpress. com