"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO lebih pentingkan adat dari hukum?

farzu
Pemimpin UMNO yang gah dengan slogan 'Hidup Melayu' yang pada dasar berjuang atas dasar nasionalis. Ini merupakan satu perjuangan yang tersasar dari kehendak Islam. Islam tidak pernah menyuruh penganutnya untuk memperjuangkan sesuatu bangsa dan kepentingan bangsa tertentu. Islam yang berpaksikan kesejahteraan sejagat sepatutnya menjadi landasan yang digunakan oleh semua kaum dan bangsa untuk memimpin dunia ini. Islam yang sepatutnya didaulatkan di muka bumi Allah s.w.t. ini. Tetapi pemimpin UMNO lebih mengutamakan adat dan bangsa telah menanamkan sifat dengki dan cemburu dari bangsa Melayu kepada bangsa lain di dalam Malaysia ini. Jika dilihat dari sudut asal usul Melayu juga adalah pendatang. Raja-raja Melayu juga bukan dari kelompok masyarakat asal di Malaysia ini. Dari kalangan pemimpin UMNO juga ramai dari mereka juga bukan dari keturunan Melayu sebenar.

Pemimpin UMNO yang sengaja membesar-besarkan isu perkauman dan adat sedangkan menafikan kepentingan hukum, ini jelas sekali secara terang-terang pemimpin UMNO telah menolak Hukum Hudud tetapi dalm masa yang sama mereka mempertahankan adat Perarakan Maulidul Rasul. Pemimpin-pemimpin UMNO beria-ria mempertahankan perarakan itu, apabila mendapat maklumat yang salah dari sumber yang tidak sahih. Mereka mencanang perkara ini dengan tanpa rasa bersalah dan rasa risau isu ini akan mengakibatkan tercetusnya perbalahan kaum. Mereka cuba mengapi-apikan rasa cemburu- dan dengki dari bangsa Melayu bagi membangkitkan rasa tidak puashati.

Harus diingat bahawa isu-isu sensitif ini tidak boleh dimainkan dalam keadaan negara yang berbilang bangsa. Jika amalan ini terus dimainkan untuk kepentingan politik sesuatu parti nescaya Malaysia akan menjadi uru-ara. Pemimpin PR harus pandai menangkis segala usaha pihak UMNO/BN untuk memainkan isu-isu perkauman dan kepentingan adat-adat yang mengarut. Pemimpin-pemimpin UMNO sanggup menjualkan maruah dan kepentingan rakyat semata-mata untuk memperolehi keuntungan diri.janganlah kita termakan dengan hasutan dan fahaman mereka yang cuba meraih keuntungan dari kejatuhan orang lain.

Tiada ulasan: