"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parlimen harus kutuk keganasan Israel

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 April:
Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mencadangkan Parlimen yang sedang bersidang ketika ini mengeluarkan satu resolusi khas mengutuk keganasan Yahudi Israel yang sehingga kini terus melakukan kekejaman ke atas rakyat Gaza.

Mapim turut mencadangkan Parlimen agar membuat satu usul khas berhubung isu ini seperti yang pernah dilakukan pada 2009 selain mencadangkan kepada Parlimen untuk memikirkan kaukus khas, iaitu kaukus Malaysia untuk Palestin.

Demikian kata setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu sidang media bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen hari ini.

"Parlimen harus mengutuk dan mengecam Israel yang terus mengganas di Gaza dan sekarang sedang membuat new settlement di Jurusalem dan kita lihat dunia tidak dapat berbuat apa-apa," katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa Mapim yang terdiri daripada 24 organisasi gabungan negeri dan kebangsaan akan menyokong satu misi rombongan kapal-kapal (flotilla) yang akan belayar dari beberapa pelabuhan Eropah bermula 3 Mei depan dan dijangka tiba di Pelabuhan Gaza akhir bulan tersebut.

Justeru, Mapim meminta sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen Malaysia untuk menyertai misi tersebut.

Tiada ulasan: