"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Layanilah suami... meskipun kamu diatas belakang unta!!


Saiful Bahri
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5yYiOdG3WCYLQiOiXq7Z8mm9agLKA8YDjZ8aUfGHQ0BKhox-FfsV2gieJ40-myCHhf1BvyOc1EBfWS7NW51jrii5mWLxxxq9MidWHrG74OOZ8-GFDXgs5aMLLzlDzYO6YSV-jpbDtqT8Y/s1600/cerai.jpgPersatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur. "Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami.

Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah. "Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan. "Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Hah! Lama tak dengar Menteri Masyitah bersuara. Ingat suluk di Kementrian JPM tu. Masyitah pun turut sama memberi komen dan menganggap kenyataan Dr Rohaya itu menghina kaum wanita. Yang herannya beliau sendiri yang dibayar gaji, bersama Umno-BN sebagai kerajaan yang memegang kuasa, apakah tindakan yang telah diambil bagi menyelamatkan institusi kekeluargaan yang semakin hari semakin parah. Perceraian yang semakin meningkat setiap hari. Antara faktornya adalah suami dan isteri tidak menunaikan amanah masing-masing serta mengabaikan tanggung-jawab.


Golongan isteri yang sibuk dengan karier masing-masing sehingga lupa tanggungjawab menjadi isteri yang solaheh. Tidak taat serta nusyuz terhadap suami masing-masing. Suami pula tidak menunaikan nafkah yang ditunut syara’.


Pihak Kerajaan Malaysia sendiri mengakui sebelum ini bahwa tahap perceraian di kalangan Muslim mencapai tingkat tertinggi dalam sejarah. Datuk Mashitah menyalahkan kurangnya pemahaman agama sebagai penyebab tingginya tingkat perceraian. Tetapi sebuah Negara sekular yang diperintah UMNO-BN, apalah sangat nak diharapkan tahap pemahaman agama yang baik apabila pihak berwajib sendiri khususnya dalam pendidikan telah menyisihkan agama dari kehidupan sekian lama sejak zaman merdeka lagi.
Sepatutnya tahniah diucapkan atas usaha kelompok perempuan Muslim mendirikan kelab untuk menolong supaya para istri menjadi lebih patuh dan taat kepada suami. Para wanita diajar bahwa mereka harus menyambut suami mereka yang baru pulang dari tempat kerja dengan pakaian yang merangsang. Mereka disuruh untuk memakai perfume dan bukan bedak muka. Sebenarnya inipun yang diajar oleh Islam bahkan jika suami mengkehendaki untuk berhubungan suami-isteri maka diizinkan meskipun berada diatas belakang unta. Di Terengganu kajian menyebut bahwa bau badan, gaya seks yang sama dan baju tidur yang membosankan sebagai penyebab utama perceraian di kalangan masyarakat Muslim.


Bila kehidupan makin mencabar. Tuntutan hidup semakin memuncak. Barangan semakin mahal. Peluang pekerjaan semakin sukar. Institusi rumah-tangga biasa berkocak. Hilangnya kemesraan dan akhirnya berakhir dengan perceraian. Bahkan pernah kerana hanya berebut remote control TV menyebabkan berlaku pertengkaran dan perbalahan antara suami isteri dan akhirnya bercerai.

Sadisnya kehidupan tanpa agama. Kerajaan pula kalau nak terapkan agama nanti mereka pakat menyokong Pas pula. Akhirnya mereka terpaksa pejam mata sahaja. Demi kuasa politik mereka sahaja. Semoga rakyat mampu membuat perubahan, InsyaAllah
http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Tiada ulasan: