"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki tua penjual tudung mangsa terbaru ISA


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas menjadi mangsa terbaru tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila ditahan di rumahnya di Klang dua hari lepas.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Abdul Haris Syuhadi, 63 adalah peniaga kecil menjual jubah, tudung, dan kain ditahan sekitar jam 8 malam di rumahnya.
Perkara ini disahkan penyelaras Suara Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram) Nallini Ellumalai sewaktu dihubungi KeadilanDaily.com.
Menurut Nalini, keluarga Haris kini masih lagi sedang cuba menghubungi pihak polis untuk mendapat maklumat lanjut tentang penahanan beliau.
“Kita masih cuba berkomunikasi dengan keluarga (Haris) untuk berhubung dengan polis,” kata Nalini.
Ia merupakan kes terbaru susulan penangkapan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) Kadir Hashim, 42, yang kudung tangan di bawah akta zalim itu pada 1 April lalu.
Kadir, yang juga peniaga tomyam dan ahli KEADILAN Cabang Lembah Pantai ditangkap  di rumahnya, sebelum dibebaskan 20 hari selepas itu.

Tiada ulasan: