"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Islam memberi saya harapan, kekuatan - Pemain bolasepak Jerman Danny Blum

HARAKAHDAILY 
"TINGGAL dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tidak ada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi selepas bersara?" Itulah soalan-soalan yang muncul saat Blum menjalani masa rehatnya daripada bermain bola sepak akibat kecederaan lutut.

"Kadang hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu hingga akhirnya saya mengenal Islam. Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya," demikian kata Danny Blum, 24, pemain bola sepak yang berasal dari Jerman yang mengumumkan dirinya telah masuk Islam seperti dikutiponislam.net, Isnin lalu.

Memetik Islampos.com Blum adalah pemain bola sepak profesional di Bundesliga Jerman. Dia bergabung dengan kelab Bavarian, 1. FC Nürnberg pada Julai tahun lalu, kelab di divisyen II.

Beberapa minggu yang lalu, dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam, bergabung dengan agama yang perkembangannya paling cepat di dunia.

"Saya datang ke masjid, hati pun rasanya bangkit. Saya merasa ini adalah sesuatu untuk saya dan saya ingin tahu lebih banyak," kata Blum kepada koram Jerman, Bild.

Sejak saat itu, dia melaksanakan solat lima kali sehari dan makan makanan halal. Lalu memberitahu orang tuanya atas keputusannya tersebut. Menurutnya, pada mulanya kedua orang tuanya merasa bimbang.

"Mereka Kristian yang taat. Tapi mereka mengatakan bahawa saya perlu menjalani itu jika saya percaya bahawa hal itu benar," katanya.

"Islam adalah agama damai. Tidak ada paksaan bagi siapa pun kerana keimanan datang dengan sukarela dari hati," tambahnya.

Jerman diyakini menjadi tempat tinggal bagi hampir 4 juta Muslim termasuk 220,000 di Berlin sendiri. Etnik Turki berjumlah kira-kira dua pertiga daripada minoriti Muslim tersebut. Beberapa orang pemain kebangsaan Jerman beragama Islam seperti Ozil, Khadira. [ra/islampos]

Tiada ulasan: