"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir: ‘Ada duit dalam najis, terbongkok-bongkok cium tangan, apa nak malu’

ARIF ATAN

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kecaman terbaharunya terhadap Datuk Seri Najib Razak menganggap ada duit dalam najis hingga apa nak malu jika terbabit dengan jenayah.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkenaan dilihat pagi minggu lagi hari ini meneruskan kritikan secara terbuka terhadap Najib yang dikenali dengan panggilan ‘Bossku’ itu.

Cemuhan Tun M yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri tertua di dunia itu berlaku ketika perbicaraan rayuan akhir Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd masih belum selesai.

Ikuti tulisan penuh ‘berbisa’ Mahathir yang diberinya judul, “Memalu Melayu” ini:

Tidak ada satu orang yang begitu berjaya menterbalikkan orang Melayu seperti Najib.

Dahulu orang Melayu memandang rendah kepada orang yang mencuri. Mereka amat malu jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan jenayah, dengan mencuri dan sebagainya.

Tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu. Apa nak malu. Najib menanam pendapat bahawa apa nak malu jika ia mencuri. Dia boss. Boss boleh mencuri. Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri.

Dan sekarang ini ramai orang tak tahu malu. Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan? Boleh dapat duit. Boleh dapat jawatan. Apa nak malu.

Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkoklah nak cium tangan.

Apa nak malu. Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu.

Ramai sungguh yang tak malu. Terkenal sebagai perasuah, apa nak malu. Jadi pencuri tak apa, tak perlu malu.

Inilah kejayaan Najib yang terbesar. Orang Melayu tak perlu malu.

Terima duit yang dicuri, tak malu. Minta duit free, tak malu. Tak bayar hutang tak malu.

Pilih pencuri, perasuah, banduan sebagai Perdana Menteri, okay. Tak malu.

Dunia ketawa negara Malaysia kerana tak malu dengan kelakuan yang memalu, tak malu.

Tiada ulasan: