"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semakin panas: ‘Penafian Latiff’ lemah, Rafizi perincikan dakwaan esok

Malaysiakini

PKR menyifatkan penafian bekas timbalan menteri pertahanan Abdul Latiff Ahmad berkaitan dakwaan penglibatan seorang isterinya dalam skandal pemerolehan kapal tempur pesisir (LCS) sebagai lemah.

Timbalan presidenya Rafizi Ramli berkata esok dia akan memperincikan nama syarikat, jumlah yang terlibat dan hubung kait dengan Latiff. 

Malah, katanya, dia juga akan menyertakan perenggan khusus dalam laporan siasatan dalaman yang menyatakan Zainab Mohd Salleh sebagai isterinya.

“Beliau hanya menafikan yang Zainab Mohd Salleh bukan isteri beliau dengan merujuk kepada laporan berita yang tular. 

“Kebetulan yang tular sebelum itu adalah satu kesilapan seorang netizen yang menuduh ketua pegawai kewangan (CFO) Dialog Berhad sebagai ‘Zainab Mohd Salleh’ yang terlibat dengan skandal ini.

“Zainab Mohd Salleh (LCS) adalah individu yang berlainan.

“Bila Dr Latiff hanya merujuk kepada ‘berita yang tular’, ada macam-macam kemungkinan maksud kenyataannya, termasuklah dia bukan suami kepada CFO Dialog (kita semua pun tahu),” katanya.

Latiff Ahmad hari ini berkata Zainab, yang didakwa sebagai pemilik syarikat palsu yang menerima bayaran daripada projek kapal tempur pesisir (LCS), bukan isterinya.

"Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut,” katanya.

Latiff ialah timbalan menteri pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013. Dia meninggalkan Umno selepas pilihan raya umum 2018 dan kemudian menyertai Bersatu.

Rafizi pagi ini antaranya berkata, muka surat 96, perenggan 3.16.13.2 laporan siasatan dalaman 

menyebut “It is noted that Abdul Latiff is the spouse of Zainab” (Siasatan mengambil maklum bahawa Abdul Latiff adalah suami kepada Zainab).

Sementara itu, menulis di media sosialnya tidak lama selepas penafian Latiff, Rafizi meminta orang ramai tidak cepat gelabah susulan penafian itu.

“Yang menggelabah ini hanyalah orang sakau duit rakyat saja. Tunggu esok, saya tunjukkan dokumen-dokumen,” katanya.

Kepincangan dalam perolehan kapal LCS mencuri tumpuan selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan lebihan kos berjumlah RM1.4 bilion dalam kontrak bernilai RM9 bilion.

Sejumlah RM6 bilion dibayar pada 2020. Bagaimanapun tiada satu pun kapal disiapkan selepas lapan tahun projek itu dimulakan pada tahun 2014.

Minggu lepas, bekas pegawai kanan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang juga bekas panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa dengan pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ahmad Ramli, 78, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Tiada ulasan: