"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tun M: Peluang Najib dapat pengampunan kes 1MDB ’50-50′

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad melihat bekas perdana menteri Najib Razak “mempunyai peluang 50-50” dan akhirnya mendapat pengampunan diraja dan kemudian membuat kemunculan semula politik.

“Ada 50-50 peluang beliau akan berjaya mendapat pengampunan dan kembali berpolitik. Beliau akan kembali dan dia mahu menjadi perdana menteri sekali lagi,” kata Mahathir dalam wawancara dengan agensi berita Bloomberg hari ini.

Mahathir berkata, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pengampunan kepada Najib dengan cara sama diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 2018 apabila beliau memohon pengampunan penuh diraja untuk bekas sekutunya selepas mereka bergabung untuk memenangi pilihan raya tahun itu susulan kemarahan rakyat terhadap Najib berhubung 1MDB.

Najib telah disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan RM42 juta dana SRC International, sebuah syarikat berkaitan 1MDB.

Beliau telah merayu terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan dan kes itu sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, dengan peguam Najib diarahkan mahkamah untuk membuat hujahannya esok.

Mahathir berkata, sekiranya mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara Najib, “sudah tentu dia akan meminta pengampunan”.

Peguam yang mewakili Najib bagaimanapun enggan mengulas, lapor Bloomberg.

Jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Najib, beliau akan dipenjarakan dan tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan pada September tahun depan.

Mahathir berkata, pilihan raya umum semakin hampir dengan tiada parti yang berkemungkinan menang besar.

Beliau berkata parti baharunya, Pejuang, boleh membentuk kerajaan minoriti dan beliau tidak menolak gabungan dengan Anwar lagi walaupun sebelum ini bertelagah mengenai rancangan mengambil alih jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun beliau tidak berminat menjadi perdana menteri buat kali ketiga, kata Mahathir.

Mahathir baru-baru ini memasang perentak jantung dan awal tahun ini memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan bertanding lagi kerana kesihatan dan usia yang kurang baik.

Bagaimanapun, pemimpin Pejuang “sangat marah jika saya katakan saya tidak bertanding,” katanya.

“Jadi jika saya cukup sihat – jika mereka masih mahukan saya – saya tidak boleh menafikan mereka, walaupun ia ‘membunuh’ saya .”

Tiada ulasan: